Monday, October 3, 2011

Tadi aku meeting

Posted by Norazo at 8:23 PM
Assalammualaikum...~~~

Tadi aku meeting di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail.
Oleh sbb aku dah lewat, so aku pegi tmpt tu naik LRT. Mak aihhh penatnya kaki mak melangkah nok. Some more aku turun di Stesen Sultan Ismail. Ku pikir dekat, rupanya jauhhhh... alaaaaaahai
Semasa sibuk mencari aku pun hampir sesat dan kebluran amat melampau. Bayangkan tengahari time tu mak meredah Kuala Lumpur sambil berbaju kurung ayuuu gitew auuuwwwww...
Dapat kubayangkan pemandu dan penumpang kereta2 yang time tu bersesak2 bumper to bumper mesti find me amusing.. aigoooo
Aku pun mengorak kaki melangkah lagi dan lagi sampai aku berada di depan bangunan MARA. dr situ sayuppp kelihatan SOGO. Aku pn berkata "x blh jadi ni, mst tanya orang" tiba2 aku nmpk kakak baju merah keluar dr bangunan. Dia kelihatan seperti pegawai kerajaan so aku pn dengan yakinnya tegur:

"excuse me!" yakin tegur org speaking lagi. ko hado?? lalu kakak tu pun menyahut
"assalammualaikum!"
Kebaboommm melatop jantungku jatuh... aigooo norazooooo d mana kesedaran sivik ko.. tegur2 sedara seislam siap excuse me bagai... malu mak.. aku pun dengan muka mcm senyum kambing lembu pn jawab salam kakak tu... (maluuuu merah muka d bawah terik mentari kay el)
aku pn memulakan pertanyaan d mana bangunan TH Perdana tu. Kakak tu pn jawab jauh lagi dik. kena seberang tu situ situ... aku pn mula pening... habislaaaaaa.... then kakak tu pn bgtau, "adik ikut jalan depan ni. Nampak tak tangga tu, naik tangga tu... bla bla bla..."
aku pn sangat berterima kasih dengan kakak tu. Lantas beliau mengajukan soalan "adik orang sabah ke?" aku pn dengan someynya mengiyakan kata2 itu (walhal aku ni Labuan tp since org suka ckp Labuan tu Sabah so aku layan jak lah)
Kakak tu memang baik hati. siap bg no tepon lagi. sebagai tanda tima kasih aku pn salam n cium tangan dia (tindakan refleks yer kawan2 kalau bersalam ngan orang lebih tua). lalu kakak tu pn terharu kot hahaha dan beliau cium pipiku di kiri dan kanan hehehehe .. tp orang semenanjung memang slalu cium2 kan.. so aku perasan sndri. abaikan...
lepas say bye bye ngan kakak tu aku pn terus melangkah dan akhirnya ku temui jua bangunan Menara TH Perdana Jalan Sultan Ismail.
Mak Penatttt~~~

2 comments:

Min Min on October 4, 2011 at 9:23 AM said...

mak nak gelak...boleh noks?
kenapa? gelihati dgn cara penulisanmu yg ku dapat bayangkan kelucuan yg berlaku...kesian u noks sebab kena jalan jejauh..

Norazo Aslan on October 4, 2011 at 10:01 PM said...

boleh nok hehehehe gelak jer.. klu i ingat2 balik i pun nak gelak jugak.. padan muka ku

 

Something for Nothing~~ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos