Monday, September 5, 2011

Ambuyat

Posted by Norazo at 11:53 AM
Ohoooo...

Hari ni aku rajin sbb sudi untuk membuat 2 entries in one morning hehehe...

Hari ni aku mo berkongsi pasal ambuyat sbb Puter and Fahi request nak makan benda ni. Honestly benda ni senang jugak tp aku x pernah buat. makan pernahla. Sebelum kita bercakap apa itu ambuyat terlebih dahulu kita kena tau ambuayat dari apa. Actually, ambuyat ni makanan yang istimewa yang boleh didapati di Sabah, Sarawak dan Labuan. Walau bagaimanapun, different kaum call it differently. Tp cara pembuatannya sama sajalah.

Bagi suku kaum Brunei dan Kedayan, kami memanggilnya ambuyat. Actually ambuyat adalah nama makanan tu selepas ia selesai dibuat. Sebelum ianya jadi ambuyat, ia digelar ambulung. Ambulung ni juga dikenali sebagai 'sagu' in general termlah. My personal favourite kalau makan ambuyat ni kena ada sayur hijau dan ikan bakar. Terangkat beb hehehehe.. tp again different kaum cara makannya berbeza. Ambuyat ni yang paling penting jugak adalah pencicahnya. Honestly, aku hanya akan makan pencicah yang my lo tau buat sahaja. As i pernah mentioned, aku ni x pandai makan belacan kan. Tp ada exceptionnya lah. Kalau ia dari air tangan both my parents aku akan makan. kalau org lain agak susah bagiku dan memang susahlah. So pencicah yang bapaku cipta ni memang dia letak sedikit belacan bakar, air limau kasturi, cili padi, garam, dan bawang merah. aigooooo sedappp ooooo... hehehe... ohh satu lagi, makan ambuyat ni kita telan terus jangan digigit k sbb ambuyat ni macam gam. My abang x pandai makan ambuyat so dia akan cakap kami makan gam. Ironically my brothers semua x suka makan. Only me and my mom. My dad tukang buat jer tp dia x makan sangat hehe

Aku tak tau pasal kaum lain, tp bagi kaum Brunei ambuyat ni kami makan guna sejenis alat yang dipanggil 'candas'. Candas ni umpama chopstik tp chopstik tu ada 2 batang kan utk jadi chopstik. Candas ni buluh yang dibelah tapi tak putus! ahh susah la aku mo terangkan dalam bahasa yg kebangsaan nanti aku akan sertakan gmbr so semua org boleh tengokla k.

Menurut my dad, makan ambuyat ni kena berebut baru sedap hahaha... aku pn tak pasti kesahihannya sebelum ni tp aku pernah makan berebut jugak dulu so memang sedapla hahhaha... masa zaman study di sarawak dulu my friend dr Sabah pernah buat. So tau2lah asrama kelengkapan x cukup kan so kitorang makan cicah sardin jer tp sedapppp ok hehehe...

Oklah pictures juseyoooo2

ni adalah ambulung sebelum jadi ambuyat

ambulung yang sudah dilarutkan dengan air suam kita tambah pulak air panas smpi nmpk likat

then gaul macm tu...

then gaul lagi mcm ni hehehe

gaul smpi nampak mcm gam putar putar pantas

mangkuk yang ada sudu tu adalah cicah ambuyat.. sorrylah malas mo crop gmbr ni hehe

ni adalah candas

siap untuk dimakan. Sila makan dilantai sambil bersila atau bersimpuh yerr

inilah gunanya candas tu gulung2.. kalau x pandai boleh jer guna sudu or garfu..

Wassalamm....

3 comments:

Puteri Nuur At-Terawis on September 22, 2011 at 2:22 PM said...

sila masak utk mak :P

Norazo Aslan on September 22, 2011 at 3:38 PM said...

insyaallah sebelum i pegi DPA mak akan buat for you

Miss Layaleya on October 7, 2011 at 1:10 PM said...

wahhhh!!! nk jgk!!

 

Something for Nothing~~ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos