Saturday, August 13, 2011

Sekarang selalu hujan

Posted by Norazo at 11:00 PM
Assalammualaikum...

Hmm... sekarang selalu hujan... petang2 hujan.. walau bagaimanapun, hujan itu rahmat yang tidak ternilai dari Allah S.W.T. I heard from somewhere kalau hujan afdal kita baca surah Al-Kausar. Surah ni adalah surah terpendek dalam Al-Quran tapi mempunyai rahmat yang besar sekalian alam. Let me copy paste something yg aku baru google d tenet pasal surah ni


Ertinya:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus."

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

*ehsan dari blog farhana ^___*

aku memang selalu amalkan surah ni kalau time hujan2 dan sejuk2 camni. tp tak taula pulak yang selain bagus dibaca time hujan surah ni jugak sangat bermanfaat dan banyak khasiatnya. Betullah kata Maha Pencipta kalau nak dapat pahala sangat senang. buat baik sikitttt pun ganjarannya Masya-Allah. tapi kenapa human tend to defy God?? Aigoo.. astaghfirullahalazim... aku pun tergolong dalam golongan tu...

so kawan2 kalau nak dapat pahala percuma banyak2kan lah beramal dan beribadah terutamanya di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak ini...

wassalam....

1 comments:

Min Min on August 14, 2011 at 10:19 AM said...

Thanks for sharing Noks!

 

Something for Nothing~~ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos