Thursday, July 7, 2011

Perhimpunan kuning

Posted by Norazo at 8:21 PM
Salam semua...

Hari ni aku merasa sedih. Aku bagitau masz capog aku sedih dengan berita2 yg tengah HOT di pasaran ni. Tentang masalah bersih membersih ni. Terlalu bnyk rumors yang circulating pasal perhimpunan ni. aku x faham kenapa perlu buat mcm ni. negara kita ni demokrasi terpimpin tapi bg aku benda2 mcm ni tidak perlu terjadi. Ianya tidak akan membawa kepada penyelesaian tapi akan menyebabkan sesuatu yg lebih besar akan terjadi. yang aku takut sesuatu yang negatif. kadang-kadang agenda sesetengah pihak yang ingin berkuasa hanya akan membawa kesenangan kepada golongan yang hendak berkuasa sahaja. golongan yang biasa yang hanya mahukan keamanan, kedamaian, kebahagiaan akan terjejas dengan perbuatan dan perlakuan seperti ini.

Kita tak perlu jadi seperti orang. tempat org buat perhimpunan untuk mengubah kerajaan kita pun nak buat mcm tu. Yang aku nmpk impak2nya hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat. Apa tujuan kerajaan ditubuhkan? demi kesejahteraan dan membawa keharmonian kepada rakyat. walau bagaimanapun, tingkah laku seperti ini tidak sekelumit pun membawa kesejahteraan kesenangan dan keharmonian kepada rakyat jelata. ianya akan membawa ketakutan, kerisauan dan kesedihan yang lebih besar. sebagai seorang yang ingin membela nasib rakyat, kita hendaklah mendahulukan kesenangan semua orang terlebih dahulu dan bukan kesenangan segelintir orang sahaja.

Memenangi hati rakyat bukan dengan cara meracun minda rakyat ataupun membeli hati rakyat. tapi cukuplah dengan mendekati rakyat dengan hati yang IKHLAS dan bukan dibuat2. Peristiwa yang bakal terjadi ni (hopefully cancel) akan meruntun jiwa rakyat yang tidak mahukan sebarang bentuk keganasan. Kita membina kerajaan bukan untuk kesenangan kita sekarang tetapi untuk anak, cucu cicit kita. Maaflah kalau luahan hati ini menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tapi sebagai rakyat yang cintakan kedamaian aku rasa aku perlu meluahkan apa yang aku rasa d sini.

Pagi2 dapat called from my mom yang melarang aku keluar ke mana2 sabtu ni. why? sbb mereka risaukan keselamatan anak mereka. Aku percaya not only my parents, tp semua keluarga yang berada di luar KL yang mempunyai anak menetap d sni juga merasai kerisauan dan ketakutan yang sama. Sanggupkah kita biarkan golongan2 mereka ini tidur tak lena makan x basah hanya kerana ingin bersih membersih ni?? klu anda hati kering anda sanggup. Tapi hatiku tak sekering hati orang2 yang kering ni. Luruh jiwa ragaku bila mendengar rayuan my dad pulak sebentar tadi. He mentioned kalau aku SAYANGKAN MEREKE JANGAN KELUAR KE MANA2 SABTU INI. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku SAYANGKAN mereka berdua. Aku sangat2 marah ketika ini kerana gara2 perhimpunan yg bakal terjadi ni kerana meragut KEDAMAIAN HATI KEDUA ORANG TUAKU. sekarang ni x pasal2 mereka risau.

aku cuma berharap negara kita tidak akan senasib dengan negara2 yang sering melaksanakan perhimpunan sebegini but in the ends tetap nasib rakyat yang tidak berdosa teraniaya... kita d sini menderita, takut, risau, marah, tapi di sebalik semua itu ada orang lain yang ketawa terbahak2 melihat nasib bangsa Malaysia ketika ini. Jangan biarkan orang2 seperti ini melakar nasib bangsa kita, menghasut minda kita. Kita yang harus mencorak bangsa kita bukan orang yang tiada kena mengena dengan kita..

sebelum kita terfikir untuk membuat sesuatu yang besar seperti ini, remember who we are, how we become what we achieved now and dont let past history make a comeback! Silalah menikmati lagu di bawah n tolonglah fikir akan Malaysia as a whole not as an individual!



please don't ruin their future

1 comments:

Min Min on July 7, 2011 at 11:06 PM said...

honestly,ku juga tak paham...
kalau sungguh nak tuntut semua2 tu, kenapalah tak dibentangkan saja...
macam ni semua dalam keadaan risau...
Ku rasa macam nak blk Villa Bonda je minggu ni..huhu

 

Something for Nothing~~ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos