Sunday, June 5, 2011

Guard UiTM Melaka

Posted by Norazo at 8:49 PM
Aku ada adik study d UiTM Melaka. Aku kadang2 panass ngan guard kat situ. Sebab klu aku masuk aku slalu kena tahan. Baik guard lelaki mahupun perempuan. Orang lain lepas dengan jayanya. Aku kena soal itu ini. Maybe sbb yg lain tu parents diorang hntr kot. Tu yg lepas. Dah 2 3 aku kena tahan. Hari tu masa aku ambik adik aku kena tahan. Dia tnya kenapa? aku ckpla aku ambik adik. D mana?? aku ckpla lekiu. Mungkin kah muka ku yg comey ini difikir student yang menipu??? hahahahahaha (perasan sekejap). Tadi aku awal2 ckp ngan my bro tunjukkan kad ko spya kita x kena tahan. Ohhh aku tersilap lagiiiiii.... makcik tu lepaskan org depan dengan senyman tapi tahan kitorang dengan wajah masam. Bila aku ckp aku hntar adik dia tenung mukaku n muka adikku dengan tajam terus hatiku brdetik "bersabarlah wahai hati" aserey... pastu dia tnya adikku duduk mana.. adikku pn ckp lekiu then dia masih lagi tenung kitorang dan pastu dia ckp "ha cepat sikit" hampehnyaaaaaaaa.. dia ingat aku tipu kah? xkan dia fikir tu my bro tu boyfriend aku lak? halloooooo.. i told this story tu my housemate then dia cakap "lain kali ko tulis situ pegawai kementerian pengajian tinggi, ataupun letakkan apa2 sticker yang menunjukkan ko tu pegawai kementerian baru diorang xkan beri layanan mcm tu!"

Persoalan di sini? kenapa mesti pandang luaran orang tu?? walaupun imageku ni simple present tense jgnlah layanan diberikan mcm kita ni budak2. Treat everybody equally lah. Aku x pnh treat org yang pangkat rendah n pangkat tinggi berbeza (kecuali kak ani kita kena layan kaw kaw punyalah hehe). Adakah kita ni perlu dress up mcm artis or mcm pegawai besar baru org look up to us?? aku selesa mcm ni. Jeans, t-shirt, jam pink. Tp oleh sbb gayaku aku slalu kena diskriminasi, entahlah.... my view might be different... aku x suka serius, aku x suka protokol. aku suka jadi sepolos mungkin (amboi ayat novel). Bila aku ckp benda tu cantik i mean it. Bila aku cakap org tu cantik i mean it. bila aku cakap masakan tu sedap i really mean it (ni utk puter hehe). tp bila aku rasa benda tu x cantik x sedap aku akan berdiam diri sjalah.. hehe.. so klu org ckp bnda tu cantik or makanan tu sedap aku diam meaning aku rasa sebaliknya lah yerr... aku jenis yang suka berdiam diri bila (1) aku marah ; dan (2) makanan x sedap!

So kepada orang2 d luar sana.. bersikap adillah sesama manusia. kerana dunia hanya pinjaman dan akhirat juga yg berkekalan..

Wassalam...




p/s kakak ofis lamaku mention my profile picture d FB mcm budak 10 tahun aduuuuuuhaii.. x tau nak bangga ka terharu skg ni haha

4 comments:

Min Min on June 8, 2011 at 1:30 AM said...

Noks, i selalu kena diskriminasi...I tahu apa rasanya..I keje dengan bangsa asing lagi parah noks...Keje kilang pun selalu makcik2, orang keliling pandang, "eik keje kilang je ke"...
sebab tu la kot sampai sekarang tak de yang sangkut... Ku hanya minah kilang...hahaha...

Norazo Aslan on June 8, 2011 at 9:42 AM said...

tapi u keje kilang bukan tukang assemble barang pon.. u opis maa.. bgtau mcm tu la

Min Min on June 9, 2011 at 12:01 AM said...

ku tetap keje di kilang..gagagaga...

Norazo Aslan on June 9, 2011 at 12:22 PM said...

walau mana pun kita kerja hakikatnya kita kuli.. so hentam ajalah. u kilang, i kementerian tp kita tetap "coolie". Pkr mcm tu jer from now on.. tu makcik2 kampung pedulik la yg penting kita ni cari kerja halal n x mintak duit parents (walaupun ada jugak mintak kalau tersedak terdesak haahaha)

 

Something for Nothing~~ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos