Sunday, May 22, 2011

Bahasa Melayu

Posted by Norazo at 2:01 PM
Salam semua... good afternoon!

Tajuk entry di hari Ahad ini adalah "Bahasa Melayu". Bahasa kebangsaan negara kita adalah Bahasa Melayu kan or Bahasa Malaysia??? either way i prefer Bahasa Melayu. Kalau bahasa Malaysia then banyak tu since Malaysia ni multi-racial country kan. Masa aku study dulu aku xder masalah sangat dengan subjek Bahasa (Malay or English). Aku slalu skor subjek bahasa. Even SPM aku dapat A1 dalam BM. Hebat mak nok.. walau bagaimanapun, masa aku belajar di UiTM since medium penghantaran dia adalah english i have to admit aku lupa BM. Aku lupa keindahan BM. Aku lupa penggunaan BM yang betul sbb kalau nak skor exam semua in English. Reference in English. Exam in English. Even subjek English pun adalah subjek wajib semasa permulaan semester. Im not saying my English is good coz i'm not and still learning. Cumanya bila kita ni terlalu tertumpu kpd bhs asing aku rasa kita lupa akan bahasa kebangsaan kita yang indah ni. Aku lupa... Lepas graduate degree aku kerja offshore investment bank di Labuan. Knowing offshore and banking industry, mostly we used English. Sekali lagi aku lupa BM. Terlalu lama bahasa itu kutinggalkan. For me BM is easy. We used it everyday so what is there more to learn kan. That's what i thought.

Tahun 2009 aku masuk Government service. So no more English. All in Malay. Memo surat semua in Malay. Pastu aku pulak under seskyen dasar. Lagilah penggunaan Melayu yang BETUL itu sangat penting. Aku mengaku ada masalah time tu. Ejaan salah.. penggunaan perkataan yang salah, ayat yang x berapa betul semualah. Nasib baik bosku adalah seorang pakar bahasa. So dia bnyk betulkan bahasaku. So funny... hbs bahasa and ayatku dia tukar. Memo/minit yang aku karang paling baikkk punya semua pen merah. Bila aku buat pembetulan aku baca balik ayat yang dia betulkan. Aku terkejut! Indahnya ayat tu bila digabungkan. Ringkas, padat dan SMART! Aku pon kagum plus segan dkt my boss tu. Pernah my boss tegur my ayat terlalu keras kena lembut skit dia cakap. aku pun yalah.. pernah juga dia suruh aku buat memo then aku hntr bg dia semak. Kebetulan best buddy dia dtg so dia semak memo aku ala kadar, Aku pn time tu perasan "yesss x bnyk pembetulan". Unfortunately bila aku hntr balik utk dia sign dia ubah 80% memo aku tu. aku pn alamakkkk malunyaa,,, siap dia ckp macam ni "sorry yer norazo (;p), semalam sya ada tetamu so sya x blh semak betul2." ambik ko dia semak betul2 semua pen merah.. lawaklaa hahahahah.. yang bestnya bos kitorang ni, dia suka semak surat/memo/minit guna pen merah ok. Nasib baik dia x bg markah. Masa kitorang brainstorming buat memo pulak aku pn komplen la dengan my boss saying susahla bahasa melayu ni boss. Dia pn jawab "huhh memang" Klu kita guna perkataan yang salah dia akan membawa maksud yang lain. Betul lah. Semua bahaasa mcm tu kan.... different words carrying different meaning in different sentences.

Sekarang aku berjinak2 baca novel Melayu. Hehehe.. Aku kagum ngan BM penulis tu. Sampai kadang2 aku x paham apa maksud dia ni. Ada sesetengah perkataan dan ayat aku kena baca berulang kali to get what it's mean. Ada jugak sampai aku kena post d Twitter utk bertanya pendapat. Now i know, Bahasa Melayu itu sangatttt susah. Susah sangat2 cikgu. Apa yg dipelajari masa sekolah dulu belum cukup untuk mendalami bahasa tu. Senang ceta aku punya post ni lah. Bahasa berterabur. Ke sana ke sini. Salah.. rojak! Tp xper lah eh., Kalau melayu betul nanti mcm baca suratkhabar pulak hahahha.

Di samping itu, kadang-kadang aku kesal jugak sebab meeting2 peringkat kementerian dan agensi yang slalu aku hadiri tu ahli mesyuarat lagi selesa menggunakan English daripada bahasa kebangsaan. All the way English. Tp bak kata puter minit dalam Melayu pulak. So pencatat minit ni jadi translator pulak dah. Aku rasa klu nak menjadikan BM sbg bahasa yang famous di dunia mcm cina, spain, france , japan tu kita kena agungkan bahasa kita dulu. Jangan terburu2 guna Bahasa orang. Bahasa penjajah! Amboi i'm saying this to myself jugakla kan since my entry mostly in English hahaha.. terkena balik muka sndr nmpk! ;p.

Namun, bila aku nak polished my Malay, aku kena transfer balik masuk Seksyen Antarabangsa pulak, Hadoiiiiii.... walau bagaimanapun aku dan kita semua mesti berusaha untuk menyayangi bahasa kita. Bak kata P.Ramlee klu bukan kita yang mengagungkan bahasa kita dan muzik kita siapa lagi????? (eh tiba2 muzik pulak)

Akhir kata dariku ...

BAHASA KITA WAJAH KITA... WAJAH KITA SEINDAH BAHASA! INDAH BAHASA INDAH PERIBADI INDAHLA BANGSA!




p/s suka sangat baca entry Puter sbb Bahasa Melayu beliau superb.. well sapa boss beliau kan hahaha

2 comments:

Min Min on May 22, 2011 at 3:52 PM said...

bahasa jiwa bangsa..phewittttt..
tapi mak prefer "bahasa melayu" dari "bahasa Malaysia"

Norazo Aslan on May 22, 2011 at 7:44 PM said...

betul.. i pun prefer Bahasa Melayu

 

Something for Nothing~~ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos